Monday, September 22, 2014

Perkahwinan & ....


Perkahwinan......

Satu perkataan yang biasanya di anggap best, seronok, dapat kasih sayang, dapat manja2 x der org halang, boleh keluar dating bile2 masa...

Perkahwinan sebenarnya x seindah yang di imaginasikan sbnarnya...mungkin bukan pada semua tapi segelintir...

ada orang dapat pasangan baik...
ada orang dapat pasangan kaya...
ada orang dapat pasangan bertanggungjawab...

TAPI....

ada orang jugak dapat pasangan x baik
ada orang jugak dapat pasangan x kaya
ada orang jugak dapat pasangan x bertanggungjawab

Kenapa kita memilih "DIA" untuk jadi pasangan ???

Jawapan yang sedemikian ada pada diri sendiri...

Si isteri da tau perangai si suami begitu  begitu   & begitu SEBELUM disatukan
Tapi TERIMA dengan alasan "Wahai Sayang Berubahlahhh..."

Meletakkan diri pada satu tempat yang sangat2 sukar bile mana bayi di dalam perut masih di awal kandungan tapi terpaksa menerima anak tiri yang ada tanpa PERNIKAHAN

yang lebih TUA dari anak sendiri..

Kenapa perlu menerima manusia yang merosakkan orang lain & akan merosakkan diri sendiri...

MENGAPA harapan untuk berubah disemat dalam hati walaupun masih tiada yang berubah...bukan berhari tapi BERTAHUN...

Bersayang-sayang masa BERCINTA
Merindu-rindu masa BERCOUPLE

Dalam bercinta dan dalam bercouple pun sudah memadu asmara dengan wanita lain...adakah asmara itu berlaku tanpanya KASIH SAYANG..

adakah besar jurang KASIH SAYANG antara yang sah dan tidak sah andai yang TIDAK SAH didahulukan....

Berita di dengar bukan SELEPAS melafazkan nikah...tapi SEBELUM...

di mana pemikiran yang waras sehingga menerima manusia PEROSAK sebegitu menjadi sebahagian dalam diri dan bergembira sangat lafaz akad di dayu kan...

Berdoalah semoga ALLAH S.W.T permudahkan segala urusanmu...andai kamu menerimanya kerana ALLAH S.W.T maka andai terpisah jangan lah kamu bersedih, terima la dia sebagai rahmat dari ALLAH S.W.T...








Semoga aku memilih yang benar...Biarlah ada sedikit kekurangan selagi die x mencacatkan..