Sunday, October 31, 2010

lawak & loghat...

KERETA PENUH

Satu keluarga yang berasal dari Terengganu nak balik beraya di kampung,

tapi cuma ada sebuah Kancil je untuk tujuh orang ahli keluarga tersebut. Maka

si ibu kepada keluaga tersebut pun berkata,

*Ibu*: Guane nih..penuh kete. Dok muak ayoh mu wey!

*Ayah*: Betul jugok. Guane nok buak nih? Lamo dok sapa kampong.

*Ibu*: Tujuh oghang dokleh sumbak masuk kete kancil nih. kecik do'h.

Mereka pun memerah otak memikirkan macam mana nak menyelesaikan masalah

tersebut. Ruang terlalu sempit untuk tujuh orang, tiba-tiba anak mereka

yang paling kecil berkata...

*Anak*: Abah, umi... Awang tau doh guane nok buak. Kite skarang ade tujuh

oghang. Tamboh la soghang lagi. baru jadik 'LAPANG'...!!!

Loghat mana lebih munasabah?

Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara

loghat utara dengan

loghat pantai timur?

Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah

Bahasa Melayu standard:

"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di

situ didapati emaknya tiada."

Loghat Utara (kedah):

"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".

Loghat Pantai Timur (kelate):

"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok."

KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya

tidak

ada memang munasabahlah!

MAJALAH UJANG

Abu nih org Trengganu, manakala Amer ni org Kedah. Tinggal satu

bilik..katil

double decker.. Amer kat atas.. Abu kat bawah. Amer ni suker baca majalah

dan komik.. si Abu lak suka pinjam.. belinya tidak. So, Amer ader sedikit

bengang ler kat Abu ni. Kekadang.. majalah yg baru beli dan tak sempat

nak

baca lagi pun Abu dah kebas baca dulu.. bila kasi balik dah lasam dah..

tension Amer.

One day, Amer balik dari outing dan beli majalah UJANG. Siap cover tak

kasi

Abu ni nampak. Lepas basuh baju, kemas sedikit sebanyak dan siapkan

homework.. dia pun nak rilek ler kat atas katil. Majalah UJANG bawah

tilam

pun dia bawa keluar. Elok jer dia baring.. baru buka mukasurat pertama..

Abu

kat bawah dia bersuara..

" Amer.. nok ujang.."

"Nanti la jap.. aku baru jer nak baca.." jawab lembut jer Amer.

"Ameer.. nok ujang tu" Abu tak putus asa.

" Nanti la dulu.. bagi la aku baca dulu.. nanti abih aku bagi kat hang

laa!"

panas sikit Amer.

"Amer ! Nok ujang !! " Suara Abu sedikit keras.

"Hang ni dah melampau.. kalau nak beli sendiri la.. apa.. hang ingat aku

beli UJANG ni dengan duit bapak hang ka??"

Amer dah naik angin.. siap turun dari katil dia dah.

"Laaa.. aku kata tu.. haghi nok ujang tu.. mung basuh kaing.. kekgi

basoh.."

kecut jer Abu jawab..

Drummmmmm.. hujan pun turun dgn lebat.. Baju Amer kat ampaian pun basah

kembali.

2 comments:

Ewan Zulkarnaini said...

yg ujang btol2 lawak..
sumpah ssh nk phm bhse org pntai timor hahaha

ayien said...

hahaha...tau x per...tp klu da biasa snang jer...(",)